Kelas Softskills – Anyaman
5 April 2024 | Aktiviti TerkiniPada 4 April 2024, Khamis, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah menganjurkan Kelas Softskills – Anyaman yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 3:30 petang di NADI Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 2 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk aktiviti ialah gunting, gam, kertas warna, pembaris, dan salinan baju yang telah dicetak. Mula-mula, para peserta diminta untuk menggunting garisan pada bahagian tengah baju dan menggunting kertas warna. Selepas selesai menggunting, kertas warna tersebut disusun berselang-seli pada bahagian tengah baju sehingga habis. Tujuan aktiviti ini adalah untuk melatih kemahiran motor halus dan motor kasar para peserta.
Diharapkan dengan aktiviti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: